Ads 468x60px

Tuesday 26 June 2012

HOMESTAY HAJI MAN - TAMAN DATO' WAN



Kami menyediakan homestay jenis rumah Banglo satu Tingkat. Terletak di Taman Dato’ Wan, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan untuk disewa pada kadar harian.

Sangat sesuai untuk tinggal lama/sementara  mencari rumah sewa atau untuk tujuan yang lain. Homestay ini mempunyai 1 ruang tamu, 3 bilik tidur, 2 bilik air dan 1 dapur. Homestay ini mampu menyediakan ruangan untuk menginap sehingga 4 keluarga (20 Orang).





LOKASI HOMESTAY


*Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas


Homestay Taman Dato’ Wan terletak di mukim Ampangan, Seremban yang terletak kira-kira 5 km dari Bandar Seremban. Homestay ini mudah diakses melalui Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya LEKAS. Lokasinya yang strategik terletak berhampiran dengan stadium, kompleks sukan dan sekolah-sekolah pasti akan memenuhi keperluan penginapan kepada sesiapa yang mempunyai urusan di sekitar Ampangan, Paroi, Senawang, Sikamat, Rasah, Pantai dan Bandar Seremban seperti:
  • Menghantar ahli keluarga ke sekolah berasrama/institut pengajian
  • Urusan kerja
  • Urusan keluarga dan ziarah
  • Menghadiri kenduri/majlis perkahwinan
  • Konvokesyen, aktiviti sukan dll
                                                       Selanjutnya....




RUANGAN DALAM HOMESTAY



Homestay ini mempunyai 1 ruang tamu, 3 bilik tidur, 2 bilik air dan 1 dapur. Setiap ruangan dalam Homestay ini agak luas dan mampu menampung penghuni dalam bilangan yang ramai. Setiap ruangan dalam Homestay ini dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang pasti akan memenuhi keperluan anda semasa menghuni di Homestay ini.


                                                                                   Selanjutnya....



KEMUDAHAN AWAM



Homestay Taman Dato' Wan terletak berhampiran dengan pelbagai kemudahan awam yang pasti akan memenuhi keperluan para tetamu yang menginap di Homestay ini. Berikut merupakan kemudahan awam yang berhampiran dengan  Homestay kami:


Pengangkutan :-
  • Terminal Bas Seremban - Terminal One Seremban (Jarak : 6 km)
  • Stesen komuter/keretapi Seremban (Jarak : 5 km)
*Homestay Taman Dato' Wan terletak berhampiran jalan besar Seremban-Kuala Pilah. Terdapat pelbagai perkhidmatan bas dan teksi ke Bandar Seremban di jalan ini dengan kekerapan 15-20 minit sekali (bergantung kepada masa dan keadaan). 
 
                                                       Selanjutnya....